Tuesday, February 21, 2017

Tangisan Hiba Ibu Pesakit SLE

Assalamualaikum...

Kisah yang saya nak kongsikan di sini ialah kisah seorang ibu yang mana anaknya kini berusia 12 tahun penghidap penyakit SLE.

Semalam saya sempat melawat anaknya yang hampir 3 bulan terlantar di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.  Di sebalik senyuman dan keceriaan di wajah seorang ibu, gugur juga air matanya apabila menceritakan segala susah payah dia menanggung derita kerana anaknya yang bernama Damia yang sedang sakit dan terbaring di katil hospital.  Damia tidak dapat menguruskan diri sendiri dan bersekolah seperti anak-anak yang lain.  Kehidupannya penuh dengan rasa duka dan hanya kekuatan dan ketabahan ibunya menjadikan dia sentiasa kelihatan tenang berjuang melawan penyakitnya itu.  

Cerita Kak Shah (nama panggilan untuk ibunya), ayah Damia tidak dapat bekerja dan memandu setelah kemalangan ngeri satu ketika dulu.  Kak Shah seorang sahajalah yang menguruskan perbelanjaan Damia dan adik-beradiknya yang lain.  Apa la sangat gaji Kak Shah yang hanya bekerja di satu syarikat insurans dengan bebanan perbelanjaan yang besar untuk Damia dan adik-beradiknya itu.  Pastinya kewangan sentiasa tidak mencukupi.


Sebelum ini Damia pernah dimasukkan ke Hospital Selayang selama 26 hari.  Bayangkan bagaimana susah ibunya untuk menyara diri sendiri di sana apatah lagi untuk menyediakan keperluan Damia. Hati saya mula sebak dan air mata turut bergenang.  Kita mungkin selalu beranggapan hidup kita susah, derita, kenapa kita diuji?? Tetapi kita kena ingat bahawa ada lagi yang jauh lebih derita daripada kita.  Bagi Kak Shah, dia sentiasa redha, sentiasa positif walaupun doktor menjangkakan bahawa Damia tidak dapat hidup lebih lama lagi.  Kak Shah hanya berdoa, selalu buat solat hajat dan dia yakin tentang jodoh, rezeki, ajal, maut semuanya di tangan ALLAH.  Siapalah kita untuk menentukan kekuasaanNYa??

Saya kembali berfikir, apakah yang dimaksudkan dengan SLE ni?
Kak Shah kata penyakit ini menyerang tubuh badan. Ubat yang doktor bagi pun hanya untuk melambatkan sel SLE merebak ke organ-organ lain.  Bukanlah untuk mematikan sel tu.  Saya pun google dan tau serba-sedikit tentang penyakit ni.

SLE atau nama penuhnya adalah Systemic Lupus Erythematosus merupakan simptom gangguan kepada sistem pertahanan badan.  Badan pesakit akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri.  Seterusnya akan menjejaskan organ badan seperti buah pinggang, limpa dan jantung. Pesakit penyakit ini tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari dan kalau kita kena demam, memang kita tidak boleh menghampiri dan melawat pesakit ini.

Apapun, saya rasa bersyukur sebab Damia nampak kuat semangat bila kita positif di depan dia.  Jadi bila kita sentiasa positif, InshaaALLAH kita akan lebih terhindar daripada penyakit.

Bagi orang yang ingin melawat Damia, bolehlah ke Blok A, Tingkat 5, Wad Pediatrik 2, Katil 22, di Hospital Tuanku Fauziah.  Mana tau kehadiran kita bakal menambahkan lagi keceriaan di wajah Damia.  Hulurkan sedikit sumbangan dan ihsan kita agar dapat membantu meringankan bebanan Kak Shah sekeluarga juga.

Semoga Damia sembuh ye sayang..... 





No comments:

Post a Comment